CARA UNTUK BANGUN AWAL PAGI
Hi kawan-kawan! Biasa ramai yang susah nak bangun pagi kan? Nasib baik aku takde masalah ni. Waktu pagi adalah waktu yang indah untuk tidur. Syaitan akan menggoda-goda untuk memastikan kita tidur lena hingga terlewat bangun. Pelajar selalu menghadapi masalah lewat bangun. Bila lewat bangun, kita akan memulakan hari dengan tergopoh-gapah. Kelas ponteng. Kerja tak jalan. Emosi akan mudah terganggu. Akhirnya produktiviti kita menurun hanya kerana lewat bangun. Cara-caranya: 1. Tetapkan penggera waktu untuk tidur Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jangan melengahkan tidur. Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal. Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri. 2. Amalkan rutin sebelum tidur Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk b...