CARA UNTUK BANGUN AWAL PAGI

Hi  kawan-kawan! 

Biasa ramai yang susah nak bangun pagi kan? Nasib baik aku takde masalah ni. Waktu pagi adalah waktu yang indah untuk tidur. Syaitan akan menggoda-goda untuk memastikan kita tidur lena hingga terlewat bangun.

Pelajar selalu menghadapi masalah lewat bangun. Bila lewat bangun, kita akan memulakan hari dengan tergopoh-gapah. Kelas ponteng. Kerja tak jalan. Emosi akan mudah terganggu. Akhirnya produktiviti kita menurun hanya kerana lewat bangun.

 Cara-caranya:

1. Tetapkan penggera waktu untuk tidur

Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya.
Jangan melengahkan tidur.
Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.
Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.

2. Amalkan rutin sebelum tidur

Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur.
Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.
Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah

3. Jangan lupa mandi

Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah.
Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai  suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks.

4. Mematikan semua peralatan elektronik

Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Kenapa ini penting?
Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.

5. Wujudkan sebab untuk bangun awal pagi

Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi?
Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu?
Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi.

6. Lakukan perubahan langkah-demi-langkah

Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda.
Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam.
Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula.
Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan.
Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.

7.  Bangun dari tempat tidur

Inilah bahagian yang paling sukar…
Kadangkala, anda terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang anda buat?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung tidak berbaloi kerana ia akan membuat anda ingin tidur lebih lama, membuatkan anda semakin sukar untuk bangun apabila penggera berbunyi.
Itulah sebab mengapa orang yang menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur untuk 5-20 minit, apabila mereka bangun mereka merasakan masa bergerak sangat pantas.
Apa yang terbaik adalah bangun sahaja tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Jangan diikut rasa desakan hati kerana waktu inilah syaitan paling kuat bekerja memujuk kita tidur semula.
Letakkan penggera anda jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.
Sekali anda sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk kekal berjaga.
Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam

Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN