MATRIKULASI PERAK
Hi guys, hari ni aku nak cerita pengalaman aku belajar di matrikulasi Gopeng, Perak.Sebelum aku memilih untuk sambung belajar di matrukulasi, aku telah ditawarkan untuk sambung belajar di UiTM dalam jurusan diploma sains komputer. Malangnya aku menolak kerana terlalu jauh dengan rumah. Aku jenis tak suka belajar jauh-jauh dari rumah. Sekolah asrama dulu pon dekat Teknik KL.
Untuk membuat keputusan belajar di matriks adalah sangat sukar kerana orang ramai sering berkata-kata tentang betapa susahnya untuk mendapat tawaran belajar ke ijazah sarjana muda kelak. Aku berfikir mungkin betul lah pendapat orang tapi bukan semua ada masalah macam tukan? Kalau tak macam mana ramai je yang masuk matriks dan ramai je yang dah pergi ke ijazah sarjana mudakan? So aku rasa aku dah buat keputusan yang betul untuk masuk matrikulasi dengan alasan: 1) Nak habis belajar cepat, 2) Nak dekat dengan rumah dan 3) Pengalaman baru.
Kehidupan sebagai seorang pelajar matriks takdelah susah mana cuma jadual kelas agak padat dan assignment yang melambak-lambak. Kalau pandai susun masa takde masalah pon sebab dekat matriks kita tak boleh keluar macam dekat universiti. Matriks sama je macam kehidupan di asrama, ada minggu untuk outing dan balik setiap 2 minggu atau setiap sebulan.
Bila pelajar tak dibenarkan keluar sesuka hati, masa pelajar tidak terhad untuk belajar kerana tiada apa boleh buat dekat matriks selain buat group assignment, bersukan, makan dengan kawan atau apa-apa sahaja.
Cara aku belajar dekat matriks sangat lain berbanding masa spm dulu. Macam dapat kesedaran untuk berubah, untuk berjaya. Pensyarah dekat sana akan sentiasa bagi tutorial untuk buat sebelum kelas dan peajar dikehendaki membentang mengikut kumpulan atau individu. Apabila banyak tutorial dan apabila kita sentiasa membuat assignment pada setiap hari, automatik kita akan belajar. Pensyarah pula jenis yang amibil berat dekat kita kalau tak buat kerja ataupun yang tak hantar tutorial ataupun jenis yang tak faham bahasa, nanti pensyarah akan panggil untuk bertanya masalah.
Siapa-siapa yang nak msuk matriks tapi takut sebab dengan alasan susah nak masuk universiti nanti tu semua karut. Kalau dapat result teruk memang lah susah nak dapat tawaran belajar. Orang selalu cakap kita tak akan dapat jurusan yang kita nak. Memang lah takkan dapat jurusan yang kita nak kalau mohon jurusan yang kita tak layak. Nak pilih ikut kelayakan pointer jugak, bukan boleh pilih yang top top tapi result hampeh hahahaha. So kita sebagai seorang pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh, dapatkan result yang gempak barulah boleh pilih jurusan yang kita nak. Takdelah kena campak kat mana-mana lepastu merungut tak habis-habis.
Jangan takut untuk masuk matriks ok? hehehe

Comments
Post a Comment