PUSAT TRANSIT GELANDANGAN
Siapa pernah pergi pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur? Bulan lepas aku ada join program sukarelawan di bawah kelab ekonomi. So program ni dijalankan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menjalankan beberapa aktiviti.
Sebelum datang ke pusat gelandangan tu aku rasa takut gila tak tau kenapa sedangkan mereka kat sana pon macam kita jugakan? Aku fikir negatif je and takut tak boleh bawa diri sebab kat sana ajk kelab suruh bergaul dengan ahli pusat gelandangan tersebut dengan ajak berbual dan bermain permainan yang disediakan seperti kad uno, dam haji dan lain-lain.
Semasa berada di sana, aktiviti bermula dengan memberi mereka makan petang. Tak ramai yang turun kerana ada diantara mereka yang bekerja. Semasa mereka makan, peserta iaitu aku dan kawan-kawan mula mencari siapa yang ingin kami berborak. Dengan perasaan takut hahahaha aku pon memilih, last-last aku join je mana yang kawan aku dah start borak 😂 malang sekali pakcik yang kami pilih tu tak boleh berborak dengan lama sebab dia nak rehat.
Setelah gagal dalam misi mencari mangsa berborak 😂 kami jumpa orang baru dan ajak pakcik tersebut untuk main kad uno. Agak meriah juga kumpulan kami sebab pakcik tu tak pernah main kad uno tapi dia yang menang dulu hahahaha noob betul aku ni.
Dalam pukul 5, kami diminta untuk berhenti bermain kerana perlu balik 😔 oh btw kitorang tak dibenarkan untuk ambil gambar bersama ahli pusat gelandangan untuk disiarkan di mana-mana laman sosial kecuali untuk simpanan peribadi. So nak bagi korang tengok gambar aku bersama kawan-kawan je lah eh hehehe
Comments
Post a Comment