MRT
Hola! Hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku menggunakan mrt sepanjang aku berada di ukm untuk balik ke rumah. Biasanya dari ukm nak ke mrt kajang aku akan naik menggunakan uber sebab murah ada promo, tapi sekarang uber dah takde tinggal grab je. Grab mahal tapi kalau terpaksa kena naik grab juga lah. Selain naik grab, aku menggunakan perkhidmatan bas mrt. Bas mrt ni akan hantar ke mrt stadium kajang bernombor T451. Naik bas mrt ni masalah dia cuma lama sebab banyak perhentian. Jadi aku yang dari kolej dato onn nak ke mrt stadium kajang kira-kira dalam 1 jam lebih jugak kalau waktu petang. Kalau pagi atau tengahari dalam 40-50 minit je. Kenapa aku naik mrt tak naik ktm? Sebab ktm lambat. Nak tunggu train seterusnya sampai amik masa 30 minit kalau kita terlepas train. Mrt tak macam tu. Paling lama nak tunggu 8 minit macam tu je. Jumlah masa aku dalam train dari mrt kajang ke mrt sungai buloh dalam 1 jam 20 minit. Lama gila kan? Haa dah la aku suka balik rumah setiap hujung ming...
Comments
Post a Comment