TIPS STUDY LAST MINUTE

Hello guys, tajuk kali ni memang penting sekarang sebab minggu ni minggu terakhir sebelum exam bermula. Semua dah ready ke? Dah study habis ke? Hahahaha. Ok aku nak bantu semua student untuk belajar walaupun tinggal berapa hari je lagi sebelum minggu exam.


Tips study last minute :

1) Baca dan kongsi
    Cara ni agak berkesan kerana apabila kita terangkan dekat kawan, ia dapat membantu kita untuk mengingatinya dalam tempoh masa yang lama. Biasa orang cakap kalau kongsi ilmu kita akan jadi lebih pandai.

2) Banyakkan buat latihan
    Latihan dapat membantu kita untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Lebih banyak latihan, lebih luas ilmu pengetahuan yang kita akan dapat.

3) Menghafal
    Siapa yang suka menghafal tu, gunakanlah kuasa otak untuk menghafal semua benda last minute :p cuma cara ni membuatkan kita mudah lupa semasa saat-saat genting hahahaha.

4) Jauhkan phone dan laptop
    Masa minggu terakhir macam ni, janganlah tengok movie, drama, main game. Elakkan dari scroll twitter, instagram, facebook. Ni semua lagha tau.

5) Buat study group
    Mungkin berkesan mungkin tak. Sebab kalau jumpa kawan boleh ke kita tak berborak or gelak-gelak? Nak pulak kawan tu jenis perangai gila-gila.

Ini je tips yang dapat aku bagi. Tak semua ni aku gunakan. Setiap sem lain-lain caranya hehe ;)

Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN