REVIEW MAC & CHEESE KFC

Hello kawan-kawan, Mesti semua tau tentang mac n cheese kfc kan? Cuma tak semua orang dah makan. Sebab kfc jual mac n cheese bermula pada pukul 12 malam iaitu untuk bersahur sahaja. Dan juga mac n cheese ni dijual pada kfc yang buka 24 jam sahaja. Disebabkan ramai sangat kawan-kawan aku yang dah makan dan siap buat insta story lagi dekat instagram, jadi iman aku pon tergugat untuk rasa mac n cheese ni hahaha. Tapi masalah sekarang aku takde pengangkutan nak ke kfc dengan 2 orang kawan aku lagi. Kitorang tengok harga grab mencecah RM 10 so pergi balik dah RM 20. Harga mac n cheese RM 5.50. Macam tak berbaloi pengankutan lebih mahal berbandiing makanan kan? Kami pon kecewa tak dapat nak merasa. Tiba-tiba aku teringatkan roomate aku kat luar. Jadi ni lah peluang aku untuk minta dia belikan 3 mac n cheese untuk kami yang kempunan sangat nak rasa. Roomate kata ok dia boleh belikan hehehe. Aku makan masa sahur dalam pukul 4.45 pagi. Aku bagi 4/5 untuk rasa. Takde istimewa sangat ...