KAD MYRAPID

Hi semua :)

Topik haritu tentang mrt kan? Hari ni aku nak bagi tau macam mana nak dapatkan potongan harga sebanyak 50% sebagai seorang pelajar apabila menggunakan perkhidmatan mrt tak kira bas mrt ataupun train mrt, lrt dan juga monorail.

Macam mana nak buat kad tu? Untuk orang yang pertama kali buat kena buat kad ni dekat pasar seni. Turun dekat kawasan yang berhampiran dengan tempat bas. Nanti nampak lah ramai gila orang kat situ sebab nak buat kad. Yelah siapa yang tak nak buat kad, dapat separuh harga kot kalau masih pelajar.

Bila dah sampai kat situ kita kena amik nombor untuk tunggu giliran. Oh sebelum tu kita kena print borang dalam website dia dan lengkapkan dokumen yang diminta. Supaya takde lah kita kena datang situ berkali-kali sebab tak bawa dokumen yang diminta. Dah lengkap semua baru boleh datang dan amik nombor giliran. kat sana nanti dia siap amik gambar untuk letak dekat kad. Pakai kemas-kemas tau baru kad kita cantik hahahaha.

Proses untuk buat kad tak lama pon. Nak tunggu giliran tu je yang lama. Jangan datang lambat sebab kalau lewat petang nanti dia suruh datang esok. Ok ni je yang aku nak kongsikan.






Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN