SOLAT

Hi semua :)
Topik kali ini tentang solat. Apa tu solat? Penting ke solat ni? Kenapa kena solat? Ok ni persoalan-persoalan tentang solat.

Solat merupakan perbuatan yang kita lakukan untuk berhubung dengan Allah. Bukan islam sahaja yang solat, malah agama lain juga sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Solat dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Kenapa solat itu penting? Solat ni penting sangat tau. Pertama kerana solat merupakan tiang agama. Walau macam mana sakit sekalipun, kita tetap kena solat mengikut cara-cara yang sepatutnya. Kedua, dapat berhubung dengan Allah dengan berdoa. Pada waktu solat lah kita dapat mengadu nasib dan meminta kepada Allah apa yang dikehendaki. Ketiga, solat dapat menyempurnakan kehidupan seharian kita. Hidup akan menjadi lebih mudah. Keempat, solat dapat merapatkan hubungan silaturrahim dengan semua orang. Hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat, hubungan dengan kawan-kawan juga menjadi lebih mesra. Oleh itu, solat sangat penting untuk orang islam. Janganlah sesekali kita sengaja meninggalkan solat.

Setakat ni sahaja , terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN