RESEPI CREAM PUFF

Hello everybody...
I love to bake when I'm at home hehe it just to improve my skill better. So this entry is about how to make cream puff nyum nyum! 

Resepi ni aku dah tukar-tukar sebab dah banyak kali buat cream puff ni tapi masih nak improve untuk rasa lagi sedap. Kalau korang rasa macam terlalu lembut ke cuba lah tambah bahan mana yang patut sebab aku suka cream puff yang lembut.

Ini bahan-bahannya:

Bahan-bahan untuk puff 
- 100gm butter
- 250ml air
- 150gm tepung gandum
- 3 biji telur
- secubit garam

Bahan-bahan untuk cream custard
- 400ml susu segar
- 2 sudu besar custard
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar gula (nak manis tambah beberapa sudu)


Cara-cara untuk puff
1) Satukan air, garam dan butter dalam periuk sehingga butter cair dan mendidih. 
2) Kecilkan api, kemudian masukkan tepung ke dalam periuk dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi kental dan tidak melekat di periuk. 
3) Tutup api. Biarkan aduan sebentar sehingga suam. 
4) Masukkan telur kedalam adunan sebiji-sebiji hingga sebati. Gunakan mixer untuk lebih mudah.
5) Setelah adunan siap, masukkan ke dalam piping bag (boleh gunakan nozel berbentuk bintang untuk cantik).
6) Setelah pipe kan adunan dekat dulang pembakar, renjiskan air atau spray permukaan doh untuk membantu adunan naik. 
7) Bakar pada suhu 200'c selama 25-30 minit (boleh turunkan suhu ke 180'c selepas 15 minit) (oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu). 


Cara-cara untuk cream custard
1) Satukan semua bahan kedalam periuk. Kacau terlebih dahulu sehingga rata kemudian buka api.
2) Kacau sehingga cecair menjadi pekat.
3) Sejukkan dan boleh di pipekan kedalam puff.

Siap !!! Selamat mencuba ye. Oh lupa nak bagi tau, cream custard mungkin tak cukup, boleh lebihkan bahan-bahan tersebut ye. 

































Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN