DOMINO'S PIZZA

Hello y'alls,
Tajuk hari ini adalah berkenaan pizza daripada Domino's Pizza...

Domino's Pizza mengeluarkan perisa baru iaitu Samyeang Beef, Samyeang Chicken dan Samyeang Tuna. So hari ni disebabkan aku balik rumah dan kebetulan aku ganti puasa, mak menyuruh aku berbuka makan pizza. Tanpa berlengah lagi, pada pukul 6.40 petang aku pon menelefon Dominos untuk membuat pesanan.


Aku telah membuat pesanan pizza berperisa Samyeang Chicken dan juga Classified Chicken. Samyeang Chicken SEDAP !!! Pedas-pedas yang tak berapa pedas sangat hahaha. Jangan risau, tak sepedas samyang pon. Serious memang sedap untuk tekak melayu aku ni.




Classified chicken pula adalah favourite sepanjang zaman 😍 Kali pertama makan pizza berperisa classified chicken sudah buat aku jatuh cinta. Siapa-siapa yang tak suka Domino's Pizza, cubalah classified chicken. Nak describe rasa pizza ni pon susah tau sebab tak terkata kesedapan pizza ni.





Selain classified chicken, BBQ chicken adalah perisa pizza yang aku akan order. Pizza Hut pon ada juga perisa yang sama. Kalau ikutkan semua jenis pizza sedap tau hahaha serious ni 😂

Dominos tak pernah mengecewakan ok hehe. Oh, selain perisa, jenis kerak roti biasanya aku pilih classic hand tossed sebab keluarga aku tak suka roti yang nipis. Lebih kurang kerak roti Pizza Hut. Mungkin kalau makan kerak roti yang nipis tak kenyang kot? Mungkin lah.

Maaf kalau review pizza yang tak menarik ni hehe. Terima kasih kerana membaca.









Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN