BISKUT CORNFLAKES

Untuk post kali ni aku nak bagi resipi biskut cornflakes. Actually nak buat biskut ala-ala famous amous tapi choc chip takde. So biskut cornflakes pon boleh lah. Bagi aku biskut ni tak sesedap biskut ala-ala famous amous tu. Kalau bagi rating dalam 5/10.

 So siapa-siapa nak cuba buat boleh ikut resipi ni ok. Kalau pandai bagi cornflakes ni rangup dalam biskut share-share lah resipi hehe sebab biskut yang aku buat ni conrflakes dalam biskut ni tak rangup. Jadi tak sedap sangat sebab rasa macam lemau.


Bahan-bahan
125gm butter
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
150gm tepung naik sendiri
1 cawan cornflakes
1/3 cawan nestum



Cara-cara
1) Satukan butter dan gula. Whisk sampai berkrim (nak pukul pun boleh)
2) Masuk telur dan esen vanila, whisk sebati
3) Masuk tepung, whisk lagi sampai sebati
4) Masuk cornfla
kes(ramas bagi hancur sikit) dan nestum. Kacau rata
5) Ambil 1 sudu kecil adunan dan letak atas tray yang dah disapu butter/marjerin. Jarakkan biskut
6) Bakar 160C 20 minit guna api atas bwh
* Sila adjust ikut suhu oven masing2

adunan bahan-bahan



jarakkan macam ni tau



ni hasilnya...

Minta maaf sangat kalau tak sedap sebab aku pun amik resipi orang dan tukar sikit-sikit je. Ni kali pertama buat biskut cornflakes. Nanti aku try buat benda lain dan share kat sini lagi hehe. Selamat mencuba! 

Terima kasih kerana membaca.









Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN