RESIPI BROWNIES KEDUT


Hi semua :)

Sekarang ni semua orang tergilakan dengan brownies, jadi aku akan share resipi brownies kedut supaya semua orang dapat buat dekat rumah. Jimat duit bukan :p
Aku memang suka baking kat rumah bila balik rumah. Walaupun takde orang nak makan kat rumah hahaha. Sedap tau bila makan makanan yang kita buat sendiri berbanding beli dekat orang.

Bahan A (double boiler)
115gm butter
250gm dark chocolate
25gm cocoa powder


Bahan B (campurkan semua bahan dan gaul rata)
2 biji telur gred A/B
80gm gula kastor
80gm gula perang
1 tsp esen vanila


Bahan C (ayakkan)
105gm tepung gandum
10gm baking powder


Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.

2. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

3. Campur bahan A ke dalam bahan B dan gaul rata. 

4. Kemudian, satukan bahan C dan ayakkan tepung tersebut supaya tidak berketul.

5. Masukkan bahan C sedikit-sedikit kedalam campuran bahan A dan B kemudian gaul rata. 

6. Setelah selesai semua bahan A, B dan C, tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9x9 inc

7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 160c - 170c selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing. 






tak kreatif nak hias brownies hahaha

Semoga berjaya !

Terima kasih kerana sudi membaca :)






Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN