MAKANAN ORANG MELAYU

Hi semua,
Budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan kehidupan dan adat bagi penduduk asia. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili, belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga rempah ratus. Santan merupakan bahan asas dalam masakan Melayu. ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masakan lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu dibahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang halia, bawang putih, dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang melayu juga menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Biasanya orang Malaysia tak kira melayu ataupun bangsa lain akan makan semua jenis makanan yang ada di Malaysia ini. Nasi lemak merupakan makanan favourite aku hehe tambah dengan lauk kerang, ayam goreng berempah dan juga sambal sotong. Fuhh sedap! 

Selain itu, makanan melayu yang aku suka rendang ayam, ayam masak asam pedas dan ketam masak cili api. Makanan ni kalau ada depan mata aku boleh juling lah tak tau nak pilih mana satu.  



Comments

Popular posts from this blog

MRT

MATRIKULASI PERAK

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN