MASUK UKM

Macam mana aku masuk UKM???
Jauh perjalanan untuk sampai ke tahap ni. Banyak cabaran yang aku hadapi dari zaman spm lagi.Kehidupan aku sentiasa berubah-ubah. Yelah, kalau aku rajin belajar dapat lah aku belajar dekat tempat yang menarik, kalau aku malas jadilah bodoh sekejap 😢


Masa form 4 aku masuk sekolah asrama sebab result pmr 'power' hahaha. So masa tu adalah masa kegemilangan aku, banyak main, tak belajar, join sukan, kuat tidur, dalam kelas tak fokus. Memang teruk lah senang cerita. Sampailah ke form 5 masih tak sedar diri. Result teruk sangat. Study macam mana pon tak jalan walaupun meningkat sikit-sikit. Tak pernah takde gagal setiap kali exam. Tapi alhamdulillah result spm memberansangkan jugak. 

Lepas spm, aku ditawarkan masuk ke UiTM dalam jurusan diploma sains komputer dekat Arau, Perlis. Di sebabkan terlalu jauh, aku tak nak masuk uitm, aku pilih untuk sambung belajar di matrikulasi, KMPK.

Dengan semangat nak berubah, aku belajar bersungguh-sungguh sebab nak ubah result yang dulu. Dekat matriks kena struggle sebab banyak gila assignment/tutorial. Hampir setiap hari ada tutorial nak kena siapkan and then prepare untuk present pulak. Banyak gila kerja masa belajar di matrikulasi. Oh lupa nak bagi tahu, aku ambil jurusan akaun. Budak-budak akaun ni ramai yang dapat 4 flat, tapi malangnya lagi sekali aku tak dapat nak capai 4 flat tu hahaha sedih pulak hm. Walau apapun aku still bersyukur sebab result aku gempak jugak 😁


Habis je matriks, tunggu panggilan untuk temuduga pula dekat UKM dan UM. First interview dekat UM, so aim aku untuk belajar cara menjawab soalan interviewer dekat UM. Jadi senanglah untuk akan datang dekat UKM nanti hehe strategy ni. Kalau nak bagi tips untuk jawab soalan interviewer ni em aku rasa kena confident je kot.

Lepas interview ukm, aku rasa confident gila macam memang akan dapat lah walaupun jawab entah apa-apa je masa tu sebab soalan pelik-pelik. Mungkin petunjuk Allah? Hahahahaha. And when the day is coming, aku menjerit sebab dapat masuk ukm!!!

So pengajaran dekat sini, walaupun kau terlepas peluang time spm, tak bermakna kau tak boleh sambung belajar. Contohnya macam aku dapat result spm yang tak beberapa menarik ni, aku sambung belajar di matrikulasi dengan bersungguh-sungguh sebab nak cover result spm. 

Terima kasih kerana membaca :)






Comments

Popular posts from this blog

MATRIKULASI PERAK

MRT

KAD MYRAPID