KUCING PENYERI KEHIDUPAN
Hi semua,
ini kali pertama aku tulis cerita di sini.
Maaf jika membosankan sebab aku bukanlah orang yang pandai bercerita dengan gaya penulisan.
Tajuk pertama yang aku akan ceritakan adalah mengenai kucing-kucing comel dibela oleh keluarga aku. Semua sekali ada 8 ekor, 3 ekor dewasa dan 5 ekor baby.
ini kali pertama aku tulis cerita di sini.
Maaf jika membosankan sebab aku bukanlah orang yang pandai bercerita dengan gaya penulisan.
Tajuk pertama yang aku akan ceritakan adalah mengenai kucing-kucing comel dibela oleh keluarga aku. Semua sekali ada 8 ekor, 3 ekor dewasa dan 5 ekor baby.
Kucing-kucing ini dikurungkan di dalam toilet besar untuk kemudahan kami membersihkan tempat mereka setiap hari. Semua kucing kami telah dilatih untuk kencing dan berak di bekas pasir tetapi agak susah untuk baby-baby kucing kerana mereka belum tahu apa kegunaan bekas pasir tersebut.
Kucing besar tersebut merupakan ibu kepada baby-baby kucing, Amoi.
5 ekor baby kucing yang comel :)
Ini pula kucing jantan iaitu bapa kepada baby-baby kucing, Kiki.
Baby yang paling lasak, Juni.
Pada waktu pagi, aku akan berikan mereka makan makanan basah dicampurkan dengan makanan kering. Makanan itu dicampur untuk menjadikan kuantiti makanan itu lebih banyak dan juga supaya mereka mendapat protein yang cukup. Bukan sahaja kuanti makanan jadi lebih banyak, malah dapat menjimatkan wang kerana makanan basah bukannya murah hahaha.
Aku suka mengemas bilik kucing tersebut kerana apabila aku menyapur pasir-pasir yang tumpah di lantai, mereka akan menangkap penyapu untuk dibuat main. Selain itu, apabila aku habis mengais pasir untuk membuang kencing dan berak mereka, salah seekor kucing akan kencing atau berak sejurus aku habis mengais terutama kucing jantan iaitu Kiki.
Ini sahaja rutin harian aku apabila aku ada dirumah pada cuti sem atau hujung minggu berada dirumah. Kucing membuatkan aku berasa gembira dan tenang kerana dengan melihat mereka bermain boleh menceriakan hari aku.
Terima kasih kerana membaca, jumpa lagi !
Comments
Post a Comment